Friday, October 22, 2010

cocoa collagen

Bismillahirahmanirrohim...


sape penah dengar cocoa collagen?? sure ramai yang dah tahukan pasal produk nie...hehehe...aku pun baru je nak try minum cocoa collagen nie. tah sesuai ke tak ngan badan aku..start minum ari selasa minggu lepas, tapi setakat nie belum nampak lagi kesan die yang ketara sangat ngan badan aku..cume letih ngan lenguh2 badan macam dah kurang sikit..pas balik keje pon, laju jek buat keje rumah, dah tak rase cam malas sangat la..kesan die yang lain tu belum nampak la...kite tunggu dan lihat dulu...tujuan utama aku nak minum mende alah nie pun sebab nak kurangkan rase lenguh2 kat badan la, sebelum2 nie nak naik tangga pon dah rase cam nak merangkak jek..tah la mebi faktor dah beranak kan..abis semua urat2 kat badan nie putus...bile tak jage sangat, boleh menampakkan kite nie tua daripada usia...bahaya tuh...cehcehceh..


nie ade review pasal cocoa collagen nie...


Cocoa Collagen Power Plus

RM59.90

Cocoa Collagen Power Plus adalah produk terbaru berasaskan Kolagen @ Collagen yang paling murah di pasaran yang mampu mengembalikan keremajaan wanita dan membantu menjaga kehebatan wanita luar dan dalam....
Koko Pracampuran... adalah minuman enak yang diadun dari biji kopi Arabica Brasil dan juga serbuk koko bermutu tinggi. Ia diperkayakan lagi dengan Marine Collagen untuk kecantikan dalaman dan juga Ekstrak Lobata serta Kacip Fatimah yang telah lama digunakan secara tradisi untuk kesihatan dalaman wanita. Ia minuman enak lagi berkhasiat..

Cocoa Collagen Power Plus mengandungi :
  1. Marine Collagen ~ Membantu mengimbangi hormon, mencantikkan kulit, menghaluskan dan menggebukan kulit.
  2. Kacip Fatimah ~ Membantu merapatkan otot-otot rahim, faraj wanita dan memberi kehebatan dalam hubungan suami isteri.
  3. Lobata ~ Membantu menambahkan tenaga, memontokkan dan menegangkan payu dara serta punggung.
  4. Krimer bukan tenusu ~ Membantu meningkatkan daya kesihatan anda.
  5. Dextrose Monohydrate ~ Melambatkan proses penuaan.
  6. Oligo Saccharide ~ Menyahkan toksin dan meningkatkan sistem dalam badan.

Kebaikan dan Khasiat :
  1. Membantu mengimbangi hormon.
  2. Merangsangkan pertumbuhan sel baru/anti kedut.
  3. Mencantik, menghalus dan menggebukan kulit.
  4. Memontokkan dan menegangkan payudara serta punggung.
  5. Melambatkan proses penuaan.
  6. Merapatkan vagina dan mengeratkan hubungan suami isteri.
  7. Mencantikkan kembali tumit kaki yang pecah.
  8. Mencerahkan kulit secara semulajadi.
  9. Memberi tenaga.
  10. Membantu mengurangkan keguguran rambut.
  11. Melancarkan peredaran darah dalam badan.
  12. Mengimbangi berat badan.
  13. Meningkatkan daya penghadaman.
  14. Mengurangkan sengal-sengal dan lenguh-lenguh otot.

SESUAI DI MINUM UNTUK :-
  • Wanita sudah /belum berkahwin
  • Ibu-ibu lepas bersalin(amat digalakan untuk mempercepatkan penyembuhan dalaman)
  • Wanita yang inginkan kecantikan & kesihatan
  • Di larang sama sekali untuk wanita yang mengandung & juga lelaki

CARA-CARA PENGAMBILAN COCOA COLLAGEN
Untuk mendapat kesan yang efektif: Cocoa Collagen hendaklah di sediakan atau di bancuh dengan air panas supaya serbuk dan kandungannya benar-benar larut. Kemudian barulah di campur dengan air untuk suamkan dan minum setengah jam sebelum sarapan pagi atau setengah jam sebelum makan malam. Seeloknya makan malam pada jam 6.30 petang. Boleh juga diminum 2 kali sehari. Tetapi sudah memadai hanya satu sachet sehari untuk merasai perbezaannya!



pada sape2 nak cube boleh la..

Thursday, October 7, 2010

perkembangan terkini khaleef rizqi..


Hi korang !!


Kali nie nak citer pasal Khaleef Rizqi pulak...rase macam dah lame sangat tak hapdet pape pasal die..kerinduan pulak...ngahahaha.

25.10.10 akan datang nie genaplah umur die 1 tahun 6 bulan..pejam celik pejam celik dah besar panjang dah pon..dah macam2 perangai dah keluar terserlah sejak dua menjak nie..aku pon dah naik runsing..tapi tulah yang dikatakan budak sedang nak membesar..nak explore macam2 benda...so pikir positif jek tapi kadang2 ade jugak rase nak marah...nggeeee..

dulu time kecik2 khaleef amatlah bam bam jugak boleh dikatakan, tapi sedang dah melasak tak ingat nie..kurus tinggi jek nampak die..khaleef mmg bukan jenis budak yang badan die berketul2 yang rase cam nak gigit je memanjang..die jenis isi pejal, kalau dah dukung naik tingkat 3..ngan kite2 skali rrase nak jalan merangkak je sambil dokong die..x larat oiii!! padan la ngan berat die skang pon..dah nak 11kg dah, kalah beras sekampit..

tapi walaupon sekarang die sedang melasak x hengat, bile time pegi umah orang, die adalah budak yang sangat behave..itu yang ibu suka bawak khaleef pegi jalan2, tak payah dok umah..buat sakit kepala jek...hehehe

beberapa perkembangan khaleef takat nie amat mengujakan aku antaranya :

~ kalau cium pipi kite, sure ade bunyi mmuahhh..kadang2 bunyi bbuahhh..ngee~
~ sebut je nak g jalan, mula la sibuk cari kasut die atas lemari kasut
~ mulut amatlah bising bercakap bahasa jerman, itali seme ade..
~ jalan dah laju cume tak suke tengok bawah..kejap2 langgar barang pastu jatuh..dah die sibuk nak suh kite gosok, sakit kaki kiri suh gosok kaki kanan..khaleef2..macam2..
~ baru pandai sebut ayah, ayie (lori) ngan mak..
~ budak yang x suka minum susu, kadang 3 botol (4 auns) pon susah nak habis lam satu hari..tapi die kuat makan, paling suka sup ayam ngan nasi lembik..
~ pantang tengok ayah die tido..mula la die g kacau, korek hidung la, hisap perut la..hehehe

dan semalam, yang paling aku suka..die dah pandai cari barang and then susun kasi tinggi coz die nak capai ikan lam akuarium tepi tv...nampak cam pandai sgt..


panjang lak aku cite perkembangan khaleef kali nie..tak pe janji hapdet..ye dok!!



suke tengok gambar nie, cam budak nerd lak..kihkihhhh!!
alep jgn mrh ibu tau...

k lah tata..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails